Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Entulang

16 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Entulang. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta bermain permainan berbentuk pendidikan iaitu ABCya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Dengan memilih permainan bertajuk Make A Cake, peserta dikehendaki untuk menghasilkan kek bertemakan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru dengan memasukkan elemen warna frosting, perhiasan seperti bunga, huruf alphabet dan lilin. Peserta juga telah bermain permainan Adventure Man Dungeon Dash – Shapes and Colors dimana mereka memilih kategori colors dan berlari untuk mengutip syiling lalu memasuki pintu mengikut warna yang telah dinyatakan pada awal permainan. Markah akan bertambah sekiranya memilih warna yang betul manakala Game Over sekiranya mereka salah memilih warna dan dapat memulakan permainan itu semula.

Peserta juga turut mewarna secara online gambar Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru di laman web Scrapcoloring.com. Mereka akan memilih warna yang dikehendaki dan mengisi warna tersebut ke dalam gambar yang belum diwarnai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali